whatever we do, whatever we care...

reaching for something that we want is not easy .. not sure we can reach the property ... a dream is not easy for us to achieve ... maybe one day we had to let it go ..... "safuan assauriey"

Tabung Haji

Thursday, May 14, 2015

Posting kali ini akan mengupas tentang isu yang berlaku pada TH. Apakah tugas TH yang sebenarnya?

Dalam kes pembelian tanah di Tun Razak Exchange yang dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad sebenarnya berlaku dengan jalan dan cara yang sah dari sisi undang-undang. Tetapi apa yang membuatkan pembelian tersebut menjadi buah mulut dan kemarahan rakyat ialah, kenapa TH membeli tanah yang dimiliki oleh 1MDB? Persoalan tersebut timbul disebabkan oleh status 1MDB yang agak merudum sejak kebelakangan ini dengan isu-isu skandal yang tidak pernah dijawap oleh Perdana Menteri selama ini. Mungkin ada yang mengatakan PM telahpun menjawap persoalan tersebut, tetapi bukan jawapan yang rakyat mahukan dijawap oleh PM bahkan ianya umpama alasan untuk mengelak menjawap persoalan rakyat.

Akibat dari pembelian tersebut, TH juga terpalit dengan masalah dan isu 1MDB. Keputusan TH membeli tanah tersebut adalah satu keputusan yang tidak bijak walaupun TH boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini kerana, tindakkan TH itu seolah-olah ingin membantu 1MDB mencairkan aset mereka sedangkan satu Malaysia sedia maklum dengan segala kontroversi yang melanda 1MDB. Apabila isu ini menjadi panas, TH pula menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga. Proses ini menjadi seolah-olah proses black money ataupun penggubahan wang haram dimana TH seperti menjadi orang tengah dan mengambil komisyen. Cuma isu ini melibatkan tanah yang menjadi kontroversi dimana 1MDB membelinya dengan begitu murah dari Kementerian Kewangan dan menjualnya dengan harga pasaran kepada TH.

Dalam pada itu, di awal permulaan isu tersebut pihak TH menafikan pembelian tersebut termasuk juga pengerusi TH sendiri. Andai pihak yang mentadbir TH itu telus dan bertanggungjawap, mereka tidak perlu menyembunyikan atau menafikan perkara tersebut. Ini melibatkan wang pendeposit-pendeposit kebanyakanya rakyat yang susah dan miskin menabung bagi menunaikan fardhu haji. Sebaiknya TH itu ditadbir oleh individu yang bebas dari mana-mana pengaruh parti politik, atau boleh juga melantik ahli dari kalangan parti pembangkang dan parti pemerintah seperti yang diwujudkan dalam PAC. Dengan cara tersebut ianya dapat mengimbangi setiap keputusan dan menguntungkan rakyat. Demi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat kepada TH, PM wajib melalukan perubahan di TH. Jadikan TH satu badan yang kebal dan tidak boleh di usik oleh mana-mana individu politik.

PANDANGAN RAKYAT UNTUK RAKYAT BUKAN DARI KOPORAT KEPADA SANG KEPARAT YANG MEMERAH RAKYAT.

#naqal_assauriey

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat

sahabat