whatever we do, whatever we care...

reaching for something that we want is not easy .. not sure we can reach the property ... a dream is not easy for us to achieve ... maybe one day we had to let it go ..... "safuan assauriey"

Penantian, kalimah Allah dan Umno

Saturday, February 2, 2013

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama blog ini tidak dikemas kini dengan artikel yang terbaru kini penulis kembali untuk menambah artikel bagi anda yang mengikuti blog ini walaupun pengikut blog ini tidaklah seramai blog-blog yang terkenal.

Kali ini penulis ingin mengajak para pembaca untuk berfikir dan merenung tentang suasana politik dalam negara Malaysia yang tercinta ini dimana seharusnya berada dalam ambang dan angin atau "mood" pilihanraya yang semakin hangat diperkatakan di mana-mana saja. Seperti yang kita tahu, tempoh pemerintahan bagi kerajaan Umno dan Barisan Nasional sudah pun hampir mencukupi sepenggal tempoh pemerintahan yang akan genap 5 tahun pada Mac ini kalau tidak silap penulis. Ini bermakna Umno dan Barisan Nasional menggunakan ruang yang ada dengan secukupnya bagi menarik perhatian rakyat terutama golongan muda dan juga pengundi baru. Undi dari golongan ini amat bermakna bagi menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan bagi penggal yang berikutnya. Berbagai kemudahan dalam bajet yang di bentangkan bagi golongan muda seperti bantuan BR1M bagi golongan bujang, rebat pembelian telefon pintar dan 3G, BL1M iaitu bantuan lesen 1Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa pemberian seperti itu ada kebaikannya, tetapi jangan kita lupa ianya juga mempunyai kesan buruk disebalik pemberian ini. Seperti rebat untuk telefon pintar misalnya, ianya adalah satu pemberian yang tidak wajar dimana tidak ada sebarang faedah yang dapat membantu ekonomi, sahsiah dan juga rohani kaum muda. Disamping itu juga pemberian rebat ini merugikan negara dan rakyat, andai kata peruntukan tersebut ditukar kepada subsidi barangan keperluan asas pasti dapat di nikmati oleh setiap lapisan dan golongan rakyat. Pemberian ini adalah semata-mata sebagai gula-gula bagi meraih undi golongan muda dan juga sokongan mereka. Walaupun penulis tidak bersetuju dengan pemberian rebat tersebut, penulis memberi saranan keras kepada golongan muda yang layak memohon untuk mengambil rebat tersebut kerana itu adalah wang kita sebagai pembayar cukai. Sebagai rakyat kita harus mengambil segala peluang yang diberikan kerajaan dan jangan menolak.

Sebagai penyokong Pakatan Rakyat, penulis juga ingin perkatakan tentang isu kalimah Allah yang begitu hangat. Ketika Pas membenarkan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Muslim, Umno mengatakan Pas ikut telunjuk Dap. Dan apabila Pas menukar pendirian dengan mengatakan kalimah Allah hanya untuk umat Islam, Umno mengatakan Pas umpama lalang. Semuanya tidak dapat memuaskan hati orang-orang Umno. Kita tinggalkan pertelagahan tersebut dan penulis ingin memberikan pandangan peribadi penulis. Setiap kali kita umat Islam membaca surah al-fatihah pasti kita akan bertemu dengan ayat " allhamdulillahi rabbil aa' lamin " yang bermaksud segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam bukan Allah tuhan orang Muslimin. Dan ini bermakna orang bukan Islam juga hamba kepada Allah tidak salah untuk mereka guna mudah-mudahan hati mereka terbuka untuk menerima Islam. Tetapi isunya disini adalah, ianya boleh dijadikan sebagai dakyah oleh orang bukan Islam untuk memesongkan aqidah umat Islam. Ini yang merisaukan pemimpin, ulama' dan juga umat Islam amnya. Disini boleh dijadikan satu bukti dan hujjah dimana sudah 50 tahun lebih Umno memerintah tetapi Umno tidak dapat memantapkan aqidah umat Islam walaupun mereka melaungkan perjuangan Islam dan Melayu terutama golongan muda.

Jika anda yang membaca blog dan artikel ini golongan muda, saya menyeru agar anda tidak memberikan undi kepada Umno dan Barisan Nasional jika anda sayangkan Islam.

Sama-sama kita fikirkan.


Safuan assauriey

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat

sahabat