whatever we do, whatever we care...

reaching for something that we want is not easy .. not sure we can reach the property ... a dream is not easy for us to achieve ... maybe one day we had to let it go ..... "safuan assauriey"

Ombak Rindu

Thursday, December 8, 2011


















Rata-rata rakyat Malaysia sekarang semuanya sedang hangat membincangkan tentang filem terbaru yang diadaptasikan dari sebuah novel iaitu Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Baru-baru ini penulis juga sempat ke panggung wayang untuk menonton filem tersebut ternyata ianya mempunyai penceritaan yang mantap dan kukuh meskipun agak berbeza sedikit dari versi novelnya.

Tetapi filem ini kurang sesuai bagi kanak-kanak untuk menonton kerana mempunyai adegan-adegan yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak seperti adegan atas katil Aaron Aziz dan Maya Karin. Jalan cerita filem ini mudah untuk difahami dan tidak banyak persoalan-persoalan yang timbul namun jalan ceritanya agak perlahan dan santai. Bagi anda yang ingin menonton filem ini penulis syorkan agar anda yang dalam hati ada taman menonton filem ini, dan amat sesuai menonton bersama pasangan anda. Dan bagi anda yang telah mengkhatam novel Ombak Rindu ini jangan terlalu stress ketika menonton kerana ada perbezaan antara filem dan novel walaupun plot dan jalan ceritanya adalah sama namun begitu, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
adegan romantik
Cerita bermula apabilah Izzah telah di bawa ke Kuala Lumpur oleh bapa saudaranya yang brutal untuk dijual menjadi pelacur bagi melangsaikan hutangnya dan membiayai kos rawatan isterinya. Bermula di situ, Izzah bertemu dengan Haris yang menjadi pelanggan pertamanya lalu meminta Haris mengahwininya. Izzah dan Haris berkahwin dan Izzah berjanji tidak akan menuntut sebarang hak sebagai seorang isteri. penceritaan menjadi lebih menarik apabila Haris mula menunjukkan bibit-bibit cinta terhadap Izzah dan mula mencintai Izzah yang pada awalnya Haris hanya menganggap Izzah hanya tidak lebih dari seorang perempuan simpanan.
bermulanya sebuah kisah
Penjiwaan watak yang dibawa oleh Aaron Aziz dan Maya Karin amat berkesan malahan mereka merupakan gandingan yang mantap walaupun untuk kali pertama. Bagi anda yang sedang hangat bercinta ataupun yang baru melangsungkan perkahwinan amat sesuai menonton filem ini. Selain percintaan, filem ini juga memaparkan mesej-mesej yang boleh dikatakan berguna dan boleh dijadikan pengajaran. Selamat menonton...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat

sahabat