whatever we do, whatever we care...

reaching for something that we want is not easy .. not sure we can reach the property ... a dream is not easy for us to achieve ... maybe one day we had to let it go ..... "safuan assauriey"

Apa hubung kait wanita, kereta dan tayar?

Saturday, November 12, 2011

Sudah terlalu lama laman sesawang blog ini tidak di update. Isu yang ingin diketengahkan pada kali ini ialah berhubungan dengan  masalah keruntuhan akhlak masyarakat kita hari ini dan amnya bagi seluruh dunia. Baru-baru ini kecoh tentang Ambigia yang menganjurkan himpunan seksualiti merdeka, iaitu bagi mereka yang mengamalkan aktiviti homoseksual seperti gay, lesbian dan sebagainya.

Cuba kita renung kembali sejarah umat-umat yang terdahulu sebelum kita dimana sejarah telah mencatatkan kisah-kisah mereka. Semua keruntuhan moral umat yang terdahulu ada pada umat kita sekarang. Kita bicara bermula dengan zaman Nabi Adam a.s yang mana anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri iaitu Habil dan Qabil, dan kita lihat pula pada konteks zaman sekarang terdapat juga kes sebegitu malahan sampai sanggup membunuh ibubapa sendiri. Lihat, betapa jeliknya umat zaman sekarang hingga ibubapa yang melahir dan membesarkan kita sanggup dibunuh sedangkan zaman Nabi Adam a.s Habil dan Qabil hanya membunuh saudara mereka tidak pula membunuh ibubapa mereka.

Dan yang kedua, aktiviti homoseksual pernah dilakukan oleh kaun Nabi Luth a.s. Tetapi kini pada umat sekarang kenapa harus ada penyakit moral tersebut kepada umat kita yang sepatutnya mengambil pengajaran dari balasan yang telah diturunkan allah kepada mereka hinggakan kesannya kita boleh lihat sendiri hari ini iaitu laut merah yang tahap kemasinannya yang tinggi akibat kuman dan virus yang dibawa oleh umat Nabi Luth a.s. Disebabkan itu kita harus memerangi puak-puak yang mengamalkan ajaran songsang ini, kerana tidak mustahil virus tersebut boleh merebak kepada kita. Apa yang kita perlukan untuk memerangi kaum-kaum ini ialah dengan hukum Allah sahaja bukan dengan undang-undang civil ciptaan manusia yang lemah dan cetek akalnya.

Seterusnya kita lihat kembali zaman Nabi Musa a.s dimana anak-anak lelaki dibunuh dan zaman kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan. Dan disekitar kita selalu kita di sogokkan dengan kes pembuangan bayi, tapi yang hebatnya ianya tidak mengira jantina. Umat kita telah mencatat World record yang terbaik sepanjang zaman dan menghapuskan rekod umat yang terdahulu. Kalau dulu wanita tiada nilai di sisi orang Quraisy, sebegitu juga dengan umat hari ini. Ini kerana, wanita zaman sekarang di rendahkan nilai mereka. Kita lihat, iklan di kaca TV contohnya... Kenapa harus ada wanita dalam iklan kereta dan juga iklan tayar juga menggunakan wanita. Apa hubung kaitnya wanita, kereta, dan tayar? Begitu rendah nilai wanita yang hanya di samakan dengan kereta dan juga tayar. Jika anda wanita, fikirkan betapa rendahnya nilai spesis anda zaman sekarang yang dikatakan bertamadun. Wanita ibarat intan permata yang tiada nilaianya kini menjadi semakin rendah nilainya. Tambahan pula, dengan fesyen yang kini banyak mendedahkan bahagian susuk tubuh wanita. Tidak salah berfesyen asalkan mengikut lunas dan landasan islam. Ini kerana wanita itu lebih bernilai dari permata dan atas dasar itu sewajibnya aurat mereka wajib ditutup. Adakah kita akan membiarkan emas permata kita di letakkan di tepi-tepi jalan tanpa di sembunyikan?? Pasti adakan ada orang yang berminat untuk menyentuh dan mengambilnya.

Kesimpulannya, umat gejala sosial masyarakat sekarang lebih buruk dari umat yang tedahulu. Ini kerana Allah menangguhkan bala kepada kita tidak seperti umat dahulu yang mendapat balasan on the spot dengan setiap dosa yang mereka lakukan. Hikmahnya disni, Allah memberikan kita ruang yang seluasnya untuk kita bertaubat kepadaNya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat

sahabat